Jaguh perseorangan lelaki Denmark, Anders Antonsen merungkai kelebihan yang dimiliki masing-masing oleh 2 pemain Malaysia, Datuk Lee Chong Wei dan Lee Zii Jia.
Antonsen mengharungi musim 2024 dengan cemerlang apabila menjuarai 4 gelaran juara Jelajah Dunia BWF di Malaysia, Indonesia, Denmark dan juga di China.
Malah, pemain kelahiran Aarhus, Denmark juga tampil cemerlang untuk muncul juara Kejohanan Eropah yang berlangsung di Jerman pada April yang lalu.
Persembahan konsisten Antonsen sepanjang 2024 ditutup dengan jayanya apabila beliau meraih gelaran naib juara World Tour Finals minggu lalu setelah tewas kepada Shi Yu Qi.
Menurut pandangan peribadi Antonsen, Chong Wei miliki kelebihan hebat dari segi bertahan hinggakan lagenda Malaysia itu diangkat sebagai pemain pertahanan terbaik.
”Pemain dengan pertahanan terbaik? Lee Chong Wei,” pilih Antonsen dalam satu sesi soal jawab bersama CTGN Sports Scene.
Manakala, kelebihan besar yang dilihat kepada Zii Jia adalah dari segi serangan sehingga jaguh kelahiran Kedah itu dipilih sebagai pemain yang miliki smash paling kuat selain Viktor Axelsen.
”Pemain yang miliki smash paling kencang? Sama ada Lee Zii Jia atau Viktor Axelsen,” kata Antonsen selepas itu.
Video ini merupakan sebahagian daripada promosi awal bagi kejohanan jemputan King’s Cup anjuran oleh bekas bintang badminton dunia, Lin Dan bermula 27 Disember ini.
Enam pemain perseorangan yang bakal menyertai kejohanan ini adalah Kunlavut Vitidsarn, Ng Ka Long, Anders Antonsen, Alex Lanier, Loh Kean Yew dan Lakshya Sen.