BG Pathum United Rekrut Tiga Pemain Baru
Dunia
BG Pathum United
Advertisements

Walaupun menduduki tempat kelima Liga Thailand 1 musim ini, BG Pathum United terus menambahbaik pasukan untuk baki saingan liga musim ini. Ini dibuktikan dengan pengumuman tiga pemain baru dari Chiangmai FC menyertai kelab berkenaan iaitu Patrik Gustavsson, Stenio Junior dan Suwit Paipromrat. Sementara Kiadtiphon Udom pula dipanggil semula daripada pinjaman pasukan berkenaan bagi memperkuat bahagian penjaga gol.

Gustavsson yang berdarah Sweden-Thailand merupakan tonggak penting Harimau Lanna musim ini dengan tampil dalam 12 perlawanan sebagai penyerang. Dia juga sebahagian daripada pasukan bawah 23 tahun Thailand yang memenangi pingat perak Sukan SEA 2021 dan menyertai kejohanan Piala AFC Bawah 23 Tahun. Gustavsson bakal menyertai The Rabbits untuk separuh kedua musim 2022/2023.

Sementara Stenio Junior pula merupakan penyerang Brazil yang meledakkan enam gol dalam tujuh perlawanan bersama Chiangmai FC. Selain Harimau Lanna, dia pernah beraksi bersama FK Partizani (Albania), Litex Lovech (Bulgaria), KF Shkendija (Macedonia Utara) dan Riga FC (Latvia).

Advertisements

Manakala bek kiri Suwit Paipromat pula memulakan karier bersama pasukan Liga Thailand 3, Kalasin FC pada 2016. Selepas menyertai Lamphun Warriors (2017) dan Nongbua Pitchaya FC (2018), Paipromat menjadi tonggak penting Khonkaen United pada 2019 dan membantu pasukan layak secara berturut-turut untuk sampai ke Liga Thailand I. Dia kemudiannya dipinjamkan ke Lamphun Warriors pada separuh kedua musim lepas sebelum menyertai Chiangmai FC musim ini.

Satu pemain yang dipanggil semula BG Pathum United daripada pinjaman ialah penjaga gol muda Kiadtiphon Udom. Udom merupakan graduan akademi The Rabbits sebelum dipinjamkan ke Siam FC dan Rajpracha FC. Musim ini, dia beraksi sebanyak enam perlawanan secara pinjaman dengan Harimau Lanna sebelum dipanggil semula ke The Rabbits bagi menghadapi separuh kedua liga. Udom juga merupakan rakan sepasukan Gustavsson dalam pasukan bawah 23 tahun Thailand.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram