Dunia
IG Gerrit Holtmann
Advertisements

Penantian penyokong Filipina untuk menyaksikan kelibat pemain Bundesliga, Gerrit Holtmann berakhir dengan perkhabaran duka. Penyerang VfL Bochum itu terpaksa disisihkan dari skuad 25 pemain Filipina untuk dua aksi persahabatan menentang Malaysia dan Singapura gara-gara positif covid-19.

Kelabnya VfL Bochum telah mengesahkan perkara ini. Dalam satu muat naik di laman instagram rasmi VfL Bochum, mereka mendapati Holtmann merupakan salah seorang daripada tiga pemain mereka yang dijangkiti virus covid-19.

Holtmann yang turut bersedih dengan berita ini telah memuat naik satu permohonan maaf kepada penyokong bola sepak Filipina yang pastinya ternanti-nanti aksi licik beliau di atas padang.

Advertisements
Gerrit Holtmann Bintang Bundesliga Gerrit Holtmann Terlepas Aksi Menentang Malaysia Dan Singapura
Gerrit Holtmann memohon maaf kepada penyokong melalui instagram beliau

Untuk rekod, musim ini adalah musim yang cemerlang buat Holtmann dalam aksi Bundesliga. Beliau yang berusia 26 tahun telah meledak 4 gol dan mencipta 6 bantuan gol dalam 23 penampilan bersama VfL Bochum musim ini.

Melalui tinjauan di laman Transfermarkt, prestasi cemerlang Gerrit Holtmann di Bundesliga menyaksikan beliau kini dinilai berharga RM 16 juta dan dijangka akan terus meningkat naik jika prestasi semasa dikekalkan hingga tamat musim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram