Bintang Kemboja Akui Tertarik Dengan Format Baru Liga Malaysia
Dunia
MakanBola
Phnom Penh Post
Advertisements

Penstrukturan semula Liga Malaysia bermula musim depan nampaknya turut menarik perhatian pemain skuad kebangsaan Kemboja Thierry Chantha Bin.

Pemain yang pernah beraksi di Liga Malaysia bersama Terengganu dan Perak itu memuji Malaysian Football League (MFL) kerana berani membawa pembaharuan yang cukup positif dan disifatkannya dapat menambahkan lagi kualiti saingan.

Advertisements

Dia yang kini bermain dengan Visakha FC berkata dengan pertambahan kuota import kepada sembilan pemain, ia bukan sahaja meningkatkan tahap kompetitif seseorang pemain malah menjadikan liga lebih berdaya saing.

“Sudah tentu sebagai pemain, kita ingin bermain lebih banyak perlawanan, jadi inilah masanya.

Advertisements

“Saya percaya pasukan yang bertanding akan berjuang sehabisnya dan sudah tentu akan ada kelab yang bertahan malah akan ada kelab juga yang akan menjadi lebih kuat, ini sangat bagus untuk pemain.

“Kuota pemain import juga akan bertambah dan secara tidak langsung, ia akan menjadikan tahap saingan Liga Malaysia akan meningkat dengan persaingan yang ada.

Advertisements

“Jujurnya bagi saya, ketika saya bermain di sini bersama Terengganu dan Perak, suasananya sangat positif dan ia merupakan pengalaman yang menakjubkan.

“Saya gembira sebab bola sepak di sini sangat membangun dari segi kualiti, penyokong dan infrastruktur, jadi memang memori yang indah untuk saya”, kata pemain itu yang membantu Terengganu muncul naib juara Piala Malaysia 2018.

Advertisements

Untuk rekod, saingan musim baru Liga Super pada asalnya berformat 18 pasukan tetapi tinggal 15 pasukan yang mengambil bahagian setelah Sarawak United dan Melaka United digantung lesen tatkala PJ City pula membuat keputusan menarik diri.

Jumlah itu bagaimanapun belum dimuktamadkan dengan khabar angin bertiup kencang mengatakan Harini FT akan menggantikan tempat PJ City.

Advertisements

Selain itu, MFL turut memperkenalkan Liga Simpanan yang dikhususkan untuk pembangunan pemain muda berusia bawah 23 tahun.

News Comments Account