Bintang Sabah Kembali Ke Liga Finland

Taiki Sabah Bintang Sabah Kembali Ke Liga Finland
Foto: Sabah FC
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Pemain import Sabah FC, Taiki Kagayama difahamkan tidak akan bersama pasukan menjelang musim 2023.

Bintang kelahiran Jepun itu merupakan tonggak pada bahagian serangan The Rhinos itu dilaporkan akan pulang ke Liga Finland bagi meneruskan kariernya.

Advertisements

Taiki dibawa masuk oleh Ong Kim Swee pada musim ini membentuk gandingan yang cukup baik apabila telah menjaringkan 2 gol dan 3 bantuan gol dalam saingan Liga Super.

Malah, beliau yang pernah berkelana di Liga Finland bersama Inter Turku ini berjaya menjaringkan dua gol dalam saingan Piala Malaysia sehingga membawa Sabah FC hingga ke peringkat separuh akhir.

Advertisements

Walau bagaimanapun, jodoh bintang berusia 26 tahun tidak lama bersama kelab di bawah bayu itu apabila membuat keputusan untuk kembali bersaing di liga Eropah.

Sabah juga dikaitkan dengan beberapa nama yang difahamkan dalam radar pasukan bagi mengekalkan cabaran bagi musim hadapan.

Advertisements

Ketika ini, mereka difahamkan sudah membawa masuk tiga pemain tempatan namun masih tiada lagi pemain import yang diumumkan pasukan.