Bisa Kaki Kiri Safawi Rasid Jadi Kenyataan
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid mempamerkan aksi memukau dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 2 hari ini.

Biarpun dimasukkan pada minit ke-81 permainan, impak pemain berusia 26 tahun itu berjaya menoktahkan hasrat Syria untuk mencatat kemenangan.

Pada minit ke-83 permainan, gerakan Safawi telah memberi ruang buat Darren Lok meledak. Gelecekan Safawi yang melepasi dua pertahanan lawan disudahkan dengan satu percubaan kencang.

Advertisements

Percubaan kaki kiri Safawi itu gagal ditangkap kemas penjaga gol Syria sebelum terpaan dari Darren Lok menatijahkan gol buat Malaysia. Ternyata sepakan kaki kiri Safawi Rasid masih lagi berbisa dan bakal terus menghantui pemain lawan.

Safawi juga beberapa kali mencemaskan kubu pertahanan Syria melalui gerakan beliau daripada sayap kanan. Sepakan percuma yang diambil Safawi turut memberi ruang buat rakan sepasukannya yang lain untuk mengasak.

Advertisements

Jaringan Darren Lok tersebut telah memastikan Malaysia bangkit mengikat Syria setelah ketinggalan pada babak pertama perlawanan. Keputusan tamat, Malaysia mencatat keputusan seri 2-2 menentang Syria.

Aksi seterusnya menyaksikan Malaysia bakal menentang China bagi aksi terakhir Perlawanan Antarabangsa Tier 2 di Chengdu, China.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram