Bob T20 Letak Syarat Penting Bertemu Johan Ghazali Di Gelanggang
UltraSukan
Instagram: BobT20Return/JohanGhazali

Pempengaruh media sosial, Bob T20 sedia untuk berdepan atlet Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali di atas gelanggang dengan satu syarat utama.

Nama Bob T20 ketika ini menjadi bualan ramai warga maya Malaysia selepas timbul kenyataan dan video tular yang mencetuskan perdebatan di media sosial berkaitan beberapa isu kontroversi yang disuarakan secara terbuka.

“Ramai cakap suruh aku naik gelanggang dengan Jojo (Johan Ghazali). Boleh, tapi Jojo naik ke berat aku, aku tak nak turun berat sama Jojo. Apa macam?” ujar Bob T20 dalam satu hantaran di laman Threads.

Selepas hantaran tersebut dimuat naik, ramai pengguna meminta Bob T20 agar mempertimbangkan semula cabarannya itu.

Ini kerana ramai pengguna melihat cabaran tersebut tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa. Antara yang berpandangan sedemikian ialah seorang pengguna bernama Qidasirdah.

“Tak payah dengar cadangan ramai itu, Bob. Anda lebih besar daripada itu. Jadilah orang yang berjiwa besar, saudara,” katanya di ruang komen.

Turut senada ialah personaliti televisyen dan usahawan terkenal, Wak Doyok. “Jadilah manusia normal, tak payah gaduh-gaduh,” ujarnya.

Johan ketika ini fokus untuk aksi ONE Championship seterusnya menentang Ramadan Ondash yang akan berlangsung pada 31 Julai ini.