Advertising
Bojan Hodak Bengang Dengan Pengadil
MakanBola
Kl city

Susulan tewas tipis kepada pasukan Terengganu, jurulatih KL City, Bojan Hodak mengakui beliau tidak berpuas hati dengan keseluruhan perlawanan semalam.

Jaringan yang dihasilkan oleh Kpah Sherman mencetuskan kontroversi kerana pemain KL City melihat bola terkena tangan Tchetche Kipre sebelum ditendang masuk.

Ad

“Saya rasa kita perlu menang, dan jika saya bercakap mengenai pengadil, mereka akan saman saya.

Ad

“Saya tidak puas hati dengan keseluruhan permainan dan saya tak boleh ulas lanjut sebab saya tak boleh bercakap mengenai pengadil,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan.

Dalam pada itu, jurulatih berusia 51 tahun ini teruja melihat sokongan luar biasa daripada penyokong yang memberikan suasana hebat di Stadium.

Ad

Tambah Bojan, beliau yakin pasukannya masih mempunyai peluang untuk mencipta kejutan meskipun beraksi di gelanggang lawan.

Ad

“Saya rasa atmosfera stadium sangat baik dicipta oleh penyokong Terengganu dan KL City, saya merasakan perlawanan itu sangat baik kerana ramai orang gembira saksikan.

Ad

“Kita ada lagi satu perlawanan dan kita akan berikan yang terbaik,” katanya lagi.

Terengganu akan melayan kunjungan KL City bagi aksi timbal balik Piala Malaysia 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada sabtu ini, 12 November jam 9 malam.