Dunia
KL City Football
Advertisements

Kejayaan menjulang Piala Malaysia 2021 dan bergelar naib juara Piala AFC 2022 menjadikan khidmat jurulatih KL City Bojan Hodak diintai oleh kelab-kelab luar. Salah satu daripadanya ialah kelab Liga Perdana Singapura, Lion City Sailor.

Lion City Sailor dianggap antara kelab bola sepak paling berjaya di Singapura. Dimiliki oleh jutawan Singapura Forrest Li, kelab tersebut bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan pencapaian naib jura liga musim 2022 di belakang juara Albirex Niigata.

Khidmat Hodak dikatakan ditagih oleh Lion City sebagai pengganti jurulatih mereka sebelumnya dari Korea Selatan, Kim Do-hoon. Walaupun membantu kelab menjulang Liga Perdana Singapura pada 2021, bekas jurulatih Ulsan Hyundai itu terpaksa meninggalkan Lion City pada Ogos lepas selepas didapati menanduk pembantu jurulatih Tampines Rovers, Mustafic Fahrudin pada akhir perlawanan liga kedua-dua kelab.

Advertisements
Lion City Sailors Tampines Rovers Singapore Premier League Desmond Wee The Straits Times Bojan Hodak Diintai Lion City Sailor
Insiden pergaduhan Fahrudin dan Do-hoon pada akhir perlawanan Lion City Sailors-Tampines Rovers. Gambar: Desmond Wee/Straits Times

Selepas kes itu dibawa ke Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), kedua-duanya didenda dengan Fahrudin (S$3,000 (RM 9,910)) dan Do-hoon (S$2,000 (RM 6,606)). Kedua-duanya turut dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan oleh jawatankuasa disiplin.

Bagaimanapun, pada 11 Ogos, Do-hoon dan Lion City mengesahkan telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak. Susulan itu, urusan kejurulatihan ketika ini digalas oleh pemangku jurulatih sementara Luka Lalic.

Walaupun mendapat tawaran dari kelab luar, Hodak menunjukkan kemahuan untuk bersama KL City bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan. Selepas melakar pencapaian membanggakan bersama City Boys selama dua musim, pastinya kecemerlangan ini mahu diteruskan beliau untuk saingan musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram