Ads
Dunia
FA Malaysia

Pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon menyatakan bahawa pasukan negara sudah tentu menyasarkan kemenangan dan cara menyerang menjadi salah satu pilihannya bagi mengatasi Hong Kong malam ini.

Advertisements

Beliau menjelaskan sebelum ini ketika menang ke atas Brunei belum cukup memuaskan buat Harimau Malaya menje­lang kempen kelayakan Piala Asia 2023 bermula Rabu depan.

Advertisements

Dalam pada itu, selain corak permainan menyerang, jurulatih import dari Korea Selatan itu mahu mencari kemenangan dengan persembahan yang menarik. Oleh itu, pemain haruslah menguasai permainan ketika berada di atas padang.

Advertisements

Advertisements

“Memang kami mahukan kemenangan menentang Hong Kong tetapi bagaimana cara kami memilih untuk menang.”

“Adakah kami hanya mahu menang dengan menunggu kesilapan lawan.”

Advertisements

“Pastinya kami mahu mencari kemenangan dengan aksi menarik, salah satu cara adalah menguasai permainan, menyerang untuk menang, inilah kemenangan yang kami mahukan,” katanya.

Advertisements

Sebagai rekod, Pan-gon pernah membimbing pasukan Hong Kong sebanyak dua kali dalam kariernya iaitu pada 2009 hingga 2010 sebelum kembali pada 2012 hingga 2017.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram