Bonus Final Piala AFF RM638k Menanti Thailand
Dunia
Thai League Central
Advertisements

Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 membabitkan Malaysia dan Thailand dijangka sengit malam ini. Dan sebagai cara memastikan skuad Gajah Perang kekal bermotivasi, mereka ditawarkan bonus lima juta baht (RM638,000) jika berjaya layak ke final kejohanan tersebut.

Tawaran bonus ini dibuat oleh pengurus pasukan, Nualphan Lamsam atau Madam Pang kepada skuad Gajah Perang hari ini.

Sebelum ini, bonus sama ditawarkan kepada skuad kebangsaan Thailand sebagai insentif sekiranya mara ke pusingan separuh akhir Piala AFF 2022. Dan itu berjaya dicapai oleh anak-anak buah Mano Polking selepas muncul juara Kumpulan A.

Advertisements

Bonus sebegini bukan sekadar perangsang motivasi buat para pemain menjelang perlawanan-perlawanan penting. Malah, ini menunjukkan kesungguhan Madam Pang melihat skuad Thailand terus cemerlang di peringkat antarabangsa.

Ini bukan kali pertama Madam Pang menjanjikan hadiah wang kepada skuad Thailand. Pada tahun 2021, beliau memberi bonus berjumlah 20 juta baht (RM2.55 juta) kepada skuad Gajah Perang sebagai ganjaran memenangi Piala AFF 2020. Dengan hadiah tersebut, setiap pemain menerima sejuta baht (RM127,000).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram