Dunia
Getty Images
Advertisements

CEO Borussia Dortmund, Watzke tidak takut untuk kehilangan Erling Haaland pada perpindahan musim panas nanti walaupun penyerang kelahiran Norway tersebut merupakan pemain penting dalam skuad Dortmund ketika ini. Erling Haaland telah memberi bayangan bahawa beliau akan keluar dari Dortmund dengan Real Madrid, Barcelona dan Manchester City menjadi kelab utama yang berminat terhadapnya.

“Apabila Haaland pergi, kami akan mencari bakat baharu yang lain dan mengembangkan potensi pemain itu menjadi pemain bintang” ujar Watzke menurut laporan Fabrizio Romano. Dortmund ketika ini sudah mula merancang skuad mereka pada masa akan datang tanpa bergantung kepada Haaland.

Dortmund turut berhubung dengan wonderkid Jerman, Karim Adeyemi sejak pertengahan musim ini namun Watzke tidak ingin memberikan sebarang komen berkenaan apa-apa gosip perpindahan pemain. Karim Adeyemi dicanang sebagai pengganti Erling Haaland kerana kemampuannya mengemudi bahagian serangan kelab.

Advertisements
erling Borussia Dortmund Tak Kisah Kehilangan Erling Haaland
Erling Haaland

Dortmund yang terkenal sebagai kilang mencungkil bakat pemain tidak takut untuk melepaskan Haaland memandangkan mereka sudah beberapa kali melakukan perkara tersebut. Mario Goetze, Ilkay Gundogan, Christian Pulisic, Jadon Sancho, Ousmane Dembele, Pierre-Emerick Aubameyang dan ramai lagi adalah antara pemain yang berjaya dikembangkan prestasinya oleh Dortmund. Malah pemergian pemain-pemain ini turut memberikan wang yang lumayan kepada Dortmund.

Dortmund juga sudah mempunyai beberapa pemain yang dilihat mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Haaland seperti Yousoffa Moukoko dan Donyel Mallen. Kedua-dua pemain tersebut juga masih muda dan mempunyai potensi besar untuk menjadi pemain bintang.

Pemergian Erling Haaland pada musim panas kelak pasti akan menelan belanja yang besar memandangkan pemain kelahiran Norway tersebut masih muda dan mempunyai rekod yang hebat selaku seorang penyerang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram