Boys Of Straits Cabar Syihan Hazmi Tidur Di SSI
Dunia
Johor Southern Tigers / NSFC
Advertisements

Kehangatan perlawanan Liga Super di antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Negeri Sembilan FC semakin dirasai. JDT dijangka akan meneruskan momentum kemenangan di gelanggang sendiri demi merangkul kejuaraan Liga Super kali kesembilan berturut-turut.

Disebalik kehangatan perlawanan tersebut, kumpulan penyokong JDT yang dikenali dengan nama Boys Of Straits (BOS) mula melancarkan perang psikologi kepada para pemain Negeri Sembilan terutamanya penjaga gol mereka, Ahmad Syihan Hazmi.

Ini kerana pada perlawanan terdahulu yang menemukan kedua-dua pasukan ini, pemain Negeri Sembilan dilihat kerap kali melengahkan perlawanan termasuk Syihan yang dilayangkan kad kuning kerana terlalu lama masa diambil untuk mengambil sepakan gol.

Advertisements

“Selamat datang Syihan ke Johor!!!”

“Tidak dilupakan rakan rakan sepasukan Syihan dari Negeri Sembilan. Kami disini sentiasa merindukan aksi aksi syihan ”take a nap (tidur sebentar)” kat atas padang!!!,” luah BOS di laman Facebook mereka.

Boys of Straits mencabar Syihan supaya mengulangi aksi tidur sebentar yang pernah dilakukan Syihan ketika di pertemuan di Stadium Paroi dan meminta Syihan lakukannya sekali lagi pada pertemuan esok malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram