Brad Maloney Beri ‘Amaran’ Kepada Wan Kuzri
Dunia
Team Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan bawah 23 tahun negara, Brad Maloney dilaporkan hanya memberi masa selama 3 hari kepada pemain muda negara yang berkelana bersama Akron Zips, Wan Ahmad Kuzri Wan Mohd Kamal untuk menyertai kem latihan pusat sebagai persiapan menjelang saingan AFF B-23 yang bakal berlangsung pada 14 hingga 26 Februari ini.

Menurut laporan yang dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom di laman rasmi Twitternya, adik kepada Wan Kuzain dilaporkan menyatakan minat untuk mewakili skuad kebangsaan bersama pasukan bawah 23 tahun negara.

Namun begitu, jika situasi masih kekal sulit buat pemain berusia 20 tahun itu, maka jurulatih tersebut terpaksa melukakan khidmatnya sekali lagi bagi memperkuatkan misi pasukan muda negara.

Advertisements

Hal ini disebabkan Brad mahu menilai semula prestasi pemain ini setelah kali terakhir melihat beliau beraksi di bawah kendaliannya kira-kira 2 tahun lalu.

Menurut kenyataan daripada FAM, Brad Maloney hanya mengekalkan seramai sembilan orang pemain daripada skuad Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober lalu. Selebihnya, pemain yang dipanggil terdiri daripada muka-muka baharu yang bakal menjadi senjata rahsia pasukan.

Skuad B-23 tahun negara dijadual berlepas ke Phnom Penh pada 12 Februari 2022. Pasukan negara diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Myanmar, Laos dan juga seteru utama negara, Indonesia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram