Brad Maloney ‘Simpan’ Senjata Utama Skuad Bawah 20 Tahun Negara
Dunia
Instagram: @luqmansham_10
Advertisements

Kelayakan Piala Asia B-23 2022 yang akan berlangsung di Mongolia menyaksikan Malaysia bakal berdepan Thailand, Laos dan Mongolia dalam saingan Kumpulan J bagi merebut slot 15 terbaik untuk ke pusingan akhir edisi kejohanan. 

Pengarah teknikal FAM Datuk Ong Kim Swee sebelum ini berkata, skuad ini merupakan program jangka panjang FAM bagi menghadapi kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 akan datang. Barisan pemain yang dipersiapkan ketika ini adalah pemain-pemain yang berusia 20 tahun dan ke bawah pada tahun 2021.

Dalam pada itu, skuad bawah 20 tahun negara ini baru sahaja selesai menjalani latihan pusat Fasa 1 yang bermula 30 Ogos lalu sehingga 7 September. Skuad kendalian Brad Maloney ini bagaimanapun sekali lagi akan diuji dalam sesi latihan pusat Fasa 2 kelak.

Advertisements

Jika dilihat, antara pemain yang berpotensi besar untuk dipanggil Brad Maloney ialah nama-nama seperti Luqman Hakim, Wan Kuzri dan V. Annil. Beberapa pemain muda yang sedang berpangkalan di Eropah ini sedikit sebanyak akan menjadi senjata utama buat pasukan.

Selain itu, kem latihan pusat Fasa 2 ini turut akan melibatkan pemain-pemain yang sedang menghabiskan saki baki perlawanan di saingan Liga Super. Mereka kini sedang mengharungi saingan Liga Super yang masih berbaki lagi satu perlawanan.

Antara nama-nama yang belum dipanggil adalah pemain daripada pasukan Selangor FC. Ubi muda seperti Sikh Izhan, Shahrul Nazeem, Harith Haiqal, Zikri Khalili, Shivan Pillay dan Alif Haiqal pasti tidak akan dipersiakan. Turut sama, pemain yang sedang meningkat naik apabila berjaya meledak jaringan pertama dalam Liga Super iaitu Mukhairi Ajmal dan Ahmad Danial Asri.

Advertisements

Tidak ketinggalan, bakat muda dari Johor Darul Ta’zim iaitu Arif Aiman dan Ramadhan Saifullah. Menurut satu ciapan dari akaun Twitter Youth Football Malaysia, Quentin Cheng serta pertahanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad juga merupakan prospek terbaik untuk diberikan pendedahan mewakili skuad kebangsaan.

Dengan bakat yang sedia ada, skuad kendalian Brad Maloney ini pasti akan memberikan saingan yang sengit dalam kejohanan Piala Asia kelak. Berbekalkan pengalaman dan pendedahan mereka dalam saingan liga tempatan, kita akan melihat skuad muda negara akan beraksi pada tahap yang lebih baik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram