Situasi Janggal Brandon Williams Hampir Tumbuk Christian Eriksen
Dunia
Getty Images
Advertisements

Perlawanan Norwich City menentang Brentford berakhir dengan kemenangan selesa Brentford dengan jaringan 3-1 ke atas Norwich. Namun gelagat pertembungan antara Brandon Williams dengan pemain baharu Brentford, Christian Eriksen menarik perhatian peminat bola sepak dunia.

Pada minit ke-38 perlawanan, Brandon Williams telah diasak oleh seorang pemain Brentford yang menyebabkan beliau tersungkur jatuh bersama-sama dengan pemain tersebut. Berang dengan kekasaran yang diterima, Brandon dilihat mula marah sehinggakan hampir mengangkat tangan untuk menumbuk pemain tersebut.

Namun beliau kemudiannya terkejut setelah melihat pemain yang mengasarinya ialah Christian Eriksen. Momen tegang tadi telah bertukar kepada momen janggal apabila Brandon secara spontan memeluk Eriksen dan tersenyum.

Advertisements

Insiden tersebut meraih perhatian penyokong kerana Brandon Williams dilihat tidak jadi marah sebaliknya memeluk Eriksen. Hal ini berkenaan dengan keadaan Christian Eriksen yang baru sahaja kembali ke arena bola sepak setelah beliau menerima serangan jantung ketika beraksi bersama Denmark.

Insiden Christian Eriksen tiba-tiba pengsan dalam kejohanan Euro 2021 tersebut mendapat simpati dan juga sokongan ramai pihak. Malah alatan defibrillator turut diwajibkan bagi sesebuah perlawanan bola sepak bagi memastikan insiden seperti Eriksen dapat ditangani dengan cekap oleh pasukan perubatan. Ini kerana insiden tersebut boleh membawa maut jika pasukan perubatan lambat bertindak.

Eriksen kini memakai alat ICD (implanted cardioverter defibrillator) di jantung beliau dan kemudian terpaksa berpindah ke Brentford dari kelab lamanya, Inter Milan disebabkan peraturan Serie A yang tidak membenarkan seseorang pemain beraksi dengan memakai alat ICD bagi mengelak insiden yang berbahaya berlaku.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram