Advertisements
Brendan Gan Beremosi, Gembira Kembali Sarung Jersi Harimau Malaya
Dunia
MakanBola
Azri Haziq / MakanBola

Bekas kapten Harimau Malaya, Brendan Gan akui beremosi ketika kembali menyarung jersi skuad kebangsaan selepas berehat panjang dari aktiviti bola sepak.

Beliau yang sebelum ini berperang dengan kanser kembali bangkit selepas disahkan bebas kanser dan bekerja keras untuk kembali mendapatkan rentak.

“Berjalan masuk ke perlawanan sedikit emosional, bekerja keras untuk kembali ke sini (beraksi) dan untuk memiliki prestasi ini dari semua pemain, peroleh kemenangan ianya satu perasaan yang menakjubkan.

“.. semua orang menyokong kami, ia perasaan yang menakjubkan.

“.. ramai orang menjalani perjalanan hidup seperti ini, ianya bukan jalan yang mudah, mesej saya adalah jangan sesekali menyerah.

“Saya maklumkan pada keluarga saya, banyak perkara dilakukan di sebalik tadbir. Ianya menakjubkan untuk kembali ke skuad kebangsaan. Saya beremosi selepas perlawanan tamat.

“Kami mahu menang dan jika kamu beraksi dan tidak memikirkan kemenangan, ia satu sikap yang salah.

“Kami beraksi dengan prestasi seperti ini dan memperoleh kemenangan, ianya (kemenangan) akhirnya datang.

Dalam perlawanan pertama Malaysia semalam, Malaysia berjaya menewaskan Thailand menerusi sepakan penalti sekaligus mara ke perlawanan akhir King’s Cup 2002.

Malaysia bakal bertemu Tajikistan pada Ahad, 25 September 2022 di Chiang Mai bagi menentukan juara King’s Cup 2022.