BRM Akhirnya Tukar Baju
Liga M3
BRM FC
Advertisements

Sebelum ini, timbul kontroversi berkenaan isu penajaan syarikat rokok elektronik Aladdin Pro dengan kelab Liga M3, BRM. Susulan itu, pelbagai reaksi timbul termasuk larangan jersi yang mempunyai lambang syarikat berkenaan untuk saingan Piala FA.

Tetapi dalam majlis pengumuman perpindahan Nazrin Nawi dan Muhammad As’syaqireen Hasnoddin hari ini, isu ini nampaknya sudah selesai. Ini disebabkan jersi yang digunakan kedua-dua pemain itu tidak mempunyai lambang syarikat rokok elektronik berkenaan.

Ini menunjukkan BRM sudah berjaya menyelesaikan isu berbangkit berkenaan penajaan Aladdin Pro. Ini termasuk mendapatkan penaja baru bagi mengisi kelompangan dari segi kewangan untuk membantu mereka mengharungi saingan Liga M3 musim ini.

Advertisements

Sebelum ini, kelab memberitahu disebabkan larangan tersebut, mereka sedang menimbang pilihan untuk menarik diri. Tetapi itu nampaknya tidak lagi menjadi isu.

Selain itu, ini juga membolehkan mereka turun dalam saingan Piala FA menentang Imigresen tanpa perlu risau tentang peraturan Liga Malaysia (Liga M) yang melarang semua bentuk iklan alkohol, perjudian, rokok dan rokok elektronik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram