MFL Arah BRM Tukar Jersi
MFL
FA Malaysia
Advertisements

Kontroversi penajaan rokok elektronik yang diterima Kuala Kangsar BRM (BRM) dilihat masih belum berakhir. Terbaru, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pula meminta jersi yang mempunyai imej penaja berkenaan tidak digunakan dalam pusingan pertama Piala FA mereka pada Mac ini.

Menurut CEO MFL, Stuart Ramalingam, keputusan tersebut dibuat disebabkan peraturan Liga Malaysia (Liga M) yang melarang semua bentuk iklan alkohol, perjudian, rokok dan rokok elektronik.

Selain itu, penyertaan pasukan dari negeri Perak itu dalam Piala FA diletakkan di bawah seliaan MFL dengan BRM di bawah bidang kuasa Liga Bolasepak Amatur (AFL).

Advertisements

“MFL tidak akan membenarkan jersi terbabit dalam pertandingan kita. Kita tidak menghalang mereka tetapi isunya lebih kepada halangan terhadap pengiklanan di jersi pasukan sahaja.

“Kami harap pasukan itu masih boleh bermain dalam Piala FA nanti tetapi terpulang kepada keputusan kelab (menarik diri) disebabkan impak kepada penyertaan mereka dalam AFL.

“(Boleh bermain di Piala FA) kalau tukar jersi tetapi keputusan besar adalah mengenai penyertaan mereka dalam AFL dan ia tertakluk di bawah bidang kuasa AFL,” katanya.

Advertisements

Sebelum ini, timbul kontroversi syarikat pembuat rokok elektronik, Aladdin Pro menjadi penaja baru jersi mereka dalam majlis pelancaran jersi baru BRM pada minggu lepas. Penajaan sebegini dianggap melanggar Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) pindaan 2004 yang dikuatkuasakan pada 14 Ogos 2004.

Sekiranya situasi penajaan membabitkan BRM gagal diselesaikan yang mendorong mereka menarik diri, lawan BRM di pusingan pertama Piala FA, Imigresen FC akan mara ke pusingan 16 pasukan terbaik.

“Kalau Kuala Kangsar BRM FC keluar, pasukan lawan mereka akan diberikan ‘bye’ ke peringkat seterusnya. Kita tidak akan ubah format ataupun memberi peluang kepada pasukan lain untuk menjadi pengganti,” katanya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram