Kedah dan Sri Pahang mengharungi cabaran berliku menjelang aksi pembukaan Piala Malaysia 2024.
Sang Kenari berada dalam momentum yang kurang memberangsangkan selepas menghuni tangga ke-10 Liga Super selepas 14 perlawanan setakat ini.
Anak didik Nafuzi Zain hanya merekodkan satu kemenangan dalam 5 aksi terakhir termasuklah ketika tewas tipis 1-0 kepada Selangor tempoh hari.
Kedah juga telah kehilangan beberapa tonggak dengan khabar terbaru memaklumkan bahawa kapten pasukan, Sony Norde dan juga Nafuzi Zain dikatakan bakal meninggalkan pasukan.
Cabaran sukar juga bakal ditempuhi oleh Sri Pahang yang bakal berdepan finalis Piala FA 2024, Selangor FC.
Anak buah Fandi Ahmad kini berada pada kedudukan ke-8 Liga Super namun hanya tewas sekali dalam 5 aksi terakhir iaitu ketika menentang Perak FC.
Sri Pahang juga berjaya mengikat Selangor dengan keputusan 1-1 pada aksi di Temerloh tempoh hari.
Kedah akan membuka tirai aksi Piala Malaysia menentang KL City pada Jumaat, 22 November manakala Sri Pahang melayan kunjungan Selangor pada Sabtu, 23 November.