Dunia
Advertisements

Pengendali UiTM FC, Frank Bernhardt menyifatkan pilihannya untuk kembali berkhidmat di Malaysia adalah tepat untuk menimba pengalaman baharu mengendalikan kelab dalam saingan Liga Super buat julung kalinya musim ini.

Bernhardt percaya saingan Liga Super sangat mencabar dan ia bukanlah tugas yang mudah apabila diberi kepercayaan untuk mengemudi pasukan UiTM FC.

Bernhardt yang juga bekas jurulatih skuad bawah 23 tahun (2015-2017) negara berkata, beliau ingin mencuba sesuatu yang baru dan ingin mendalami serta mengetahui persaingan dalam Liga Malaysia terutama Liga Super.

Advertisements

Pengendali UITM FC ini tidak mahu membuktikan apa-apa cuma mahu memberikan yang terbaik buat pasukan yang rata-ratanya dibarisi pemain muda.

frank bernhardt Cabaran Buat Frank Bernhardt Di UiTM FC
Frank Bernhardt akan memberi ramuan terbaik buat UITM FC

“Saya sudah ada pengalaman selama enam tahun berkhidmat bersama kelab profesional di Estonia dan kali terakhir di Finland.

“Sebab itu, saya rasa kelab-kelab di sini cukup menarik dan saya cukup gembira apabila dapat kembali ke Malaysia dan melatih kelab di sini pula (UiTM FC) dalam saingan Liga Super kerana saya tahu ia sangat mencabar untuk dilakukan.

Advertisements

“Kami masih ada masa untuk membuat persediaan terbaik dan saya rasa pemain-pemain muda yang ada dalam pasukan ini semuanya berpotensi tinggi di mana kami akan membentuk skuad terbaik dalam tempoh seminggu atau 10 hari ini.

Beliau dilantik sebagai ketua jurulatih menggantikan Ismail Zakaria yang berjaya membawa UiTM FC ke tahap lebih baik apabila menamatkan saingan Liga Premier di tangga kelima musim lalu.

Skuad dengan jolokan nama ‘The Lion Troops’ ini merupakan pendatang baru di Liga Super dan juga merupakan pasukan universiti pertama beraksi dalam Liga Super.

Advertisements

Biarpun menamatkan saingan Liga Premier di tangga kelima musim lalu namun UiTM FC telah berjaya ke Liga Super selepas PKNS FC turun ke Liga Premier sebagai ‘Reserve Team’.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram