Cadiz Cipta Kejutan Tewaskan Man Utd
Dunia
Manchester United
Advertisements

Kelab kerdil La Liga, Cadiz mencipta kejutan dengan menewaskan Man Utd 2-0 dalam satu perlawanan persahabatan yang diadakan di Nuevo Mirandilla, Cadiz hari ini. Perlawanan hari ini merupakan sebahagian daripada usaha Erik ten Hag mengekalkan kecergasan pemain yang tidak menyertai Piala Dunia 2022.

Red Devils yang turun tanpa ramai pemain utama mereka dikejutkan seawal minit ketujuh menerusi pemain tengah muda Carlos Garcia. Hantaran bola Los Piratas ke dalam kotak penalti United gagal dikeluarkan Victor Lindelof sekaligus memudahkan Garcia menanduk masuk gol menewaskan penjaga gol Martin Dubravka.

Red Devils cuba bangkit tetapi Cadiz terus selesa di depan, kali ini menerusi Anthony Lozano. Ruang kosong yang ditinggalkan Aaron Wan-Bissaka segera dieksploitasi oleh pemain-pemain Los Piratas sebelum Lozano yang tidak dikawal menewaskan Dubravka pada minit ke-13.

Advertisements

United merapatkan kedudukan menerusi penalti penyerang Perancis, Anthony Martial pada minit ke-21. Pemain tengah muda Zidane Iqbal melarikan bola ke dalam kotak penalti Los Piratas tetapi dijatuhkan oleh Luis Hernandez. Martial kemudiannya tenang menewaskan penjaga gol Jeremias Ledesma. Red Devils berusaha memburu gol penyamaan tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga rehat.

Selepas rehat, Red Devils membuat 10 pertukaran pemain dengan Dubravka dikekalkan. Mereka berjaya menyamakan kedudukan 2-2 menerusi Kobbie Mainoo selepas menerima hantaran bek Marc Jurado. Bagaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Ruben Sobrino mudah menolak masuk hantaran jauh Los Piratas bagi meletakkan tuan rumah kembali di hadapan pada ke-53.

Red Devils mendakwa mereka sepatutnya dihadiahkan dua sepakan penalti pada minit ke-70. Mereka mendakwa Mainoo dijatuhkan pemain Cadiz dalam kotak penalti tetapi tidak dilayan pengadil. Rayuan penalti Noam Emeran

Advertisements

United lebih banyak mendominasi bola tetapi Cadiz dilihat sentiasa mencari ruang untuk serangan balas. Dan hasilnya, Los Piratas menambah gol keempat menerusi Tomas Alarcon pada minit ke-77 selepas berjaya mencuri bola daripada pemain tengah remaja United, Charlie Savage. Pemain Chile itu hanya perlu melambungkan bola mengatasi Dubravka bagi meletakkan tuan rumah selesa di depan. Kedudukan 4-2 kekal sehingga wisel penamat.

Walaupun ini hanya perlawanan persahabatan, kesilapan pemain-pemain seperti Brandon Williams dan Wan-Bissaka memperlihatkan keperluan ten Hag memperkuat pasukan pada musim perpindahan Januari. Tetapi sekiranya pemain-pemain muda seperti Iqbal, Mainoo, Jurado dan Shola Shoretire terus menunjukkan kualiti bila diberi peluang, ia sekurang-kurangnya memberi kelegaan kepada pengurus Belanda itu.

United seterusnya akan menentang Real Betis dalam satu lagi aksi persahabatan di Stadium Benito Villamarin pada Sabtu ini. Selepas itu, barisan pemain Red Devils termasuk yang pulang awal dari Piala Dunia iaitu Christian Eriksen dan Facundo Pellistri bersiap sedia berdepan Nottingham Forest dalam Piala Carabao pada 21 Disember.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram