Advertising
CEO Perak Jawab Status Haziq Nadzli Bersama Pasukan
Liga Super
MakanBola
Perak FC/ Johor Southern Tigers

CEO Perak, Bobie Farid Shamsuddin menjawab status mengenai penjaga gol Johor Darul Ta’zim, Haziq Nadzli bersama pasukan. 

Haziq Nadzli sebelum ini dilaporkan tidak akan bersama JDT bagi saingan musim baharu Liga Super 2024.

Ad

Ketua Pegawai Eksekutif Perak, Farid Shamsudin mengakui memang ada perbincangan dengan Haziq Nadzli. Namun, tiada sebarang pengesahan yang dibuat. 

Ad

“Masih dalam berstatus dalam perancangan, kita juga sudah dapat surat sebenarnya. Tapi selagi kita tiada tandatangani kontrak saya tidak akan umumkan.

“Khabar angin itu betul, ada perbincangan dengan Haziq,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Bobie Farid Shamsudin semasa majlis pelancaran jersi baharu musim 2024. 

Ad

Bobbie Farid menyatakan bahawa The Bos Gaurus sudah melengkapkan tiga penjaga gol musim baharu ini. Namun, tiada sebarang jaminan yang diberi sesiapa yang terbaik akan di berada di kesebelasan utama.

Ad

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahwa kekurangan beberapa pemain yang berkualiti beraksi di posisi kritikal musim lepas akan di isi dengan pemain-pemain baharu.

Ad

“Tahun ini kita ada tiga penjaga gol, jadi ketiga-tiga harus bersaingan mendapatkan tempat kesebelasan utama,” katanya. 

“Yang jelasnya kekurangan di posisi penjaga gol, pemain pertahanan tengah, pemain sayap dan penyerang kita akan isi dengan pemain-pemain baharu,” katanya lagi. 

Perak FC mengumumkan telah melengkapkan skuad dengan tambahan pemain baharu dan sedia ada bagi aksi saingan Liga Super musim ini.