Advertising
CEO Sri Pahang Sambut Baik Keputusan MFL
MakanBola
MFL

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelab Bolasepak Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang yakin bahawa pasukan mereka sudah bersedia untuk menghadapi Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia 2024/25 yang akan berlangsung pada 12 April di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Beliau menegaskan bahawa ketetapan tarikh yang dibuat oleh Malaysian Football League (MFL) perlu diterima dengan baik, sejajar dengan pemahaman terhadap faktor-faktor penting yang mempengaruhi keputusan tersebut.

Ad

Salah satu faktor utama dalam penetapan tarikh final Unifi Piala Malaysia ialah kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) melayakkan diri ke pusingan seterusnya Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE). Kemaraan kelab Harimau Selatan di pentas Asia turut memberikan impak besar terhadap perkembangan bola sepak negara.

Ad

“Saya mendapat maklum bahawa final Unifi Piala Malaysia kali ini akan berlangsung pada 12 April. Semua sedia maklum bahawa tarikh ini masih dalam suasana perayaan Aidilfitri, tetapi pada pandangan saya, 12 April adalah tarikh yang tersedia dan dibuat oleh pihak penganjur, MFL.

“Tambah lagi, dengan pencapaian cemerlang JDT yang membawa nama negara di peringkat antarabangsa, hal itu juga menjadi keutamaan untuk memberi laluan kepada mereka. Jadi walau bagaimanapun, saya pasti pasukan Sri Pahang FC bersedia untuk bermain pada tarikh tersebut.

Ad

“Selain itu, saya percaya sudah tentu baki perlawanan Liga Super ini adalah sebahagian daripada persiapan menjelang Unifi Piala Malaysia. Saya yakin ketua jurulatih, Fandi Ahmad dan barisan kejurulatihannya telah menyusun rapi persediaaan seterusnya untuk memastikan kami tampil dengan aksi terbaik, walaupun saya menjangkakan kami mungkin kehilangan beberapa tonggak penting pada final nanti,” katanya.

Ad

Datuk Suffian turut menyeru penyokong setia Tok Gajah untuk hadir ke stadium pada tarikh tersebut bagi memberikan sorakan penuh semangat kepada pemain-pemain Sri Pahang FC.

Ad

“Ini bola sepak, dan kami akan menentang pasukan terbaik negara. Pasukan Sri Pahang pastinya mengharapkan ‘pemain ke-12’ untuk hadir beramai-ramai ke stadium dan memberikan sorakan padu kepada pasukan,” tambahnya.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments