Advertising
Challenge Cup: PDRM Sedia Andai Penalti Jadi Penentu Kejuaraan
MakanBola
PDRM FC

Penolong jurulatih PDRM, Eddy Gapil bersedia dengan segala kemungkinan termasuklah bermain di penentuan sepakan penalti pada aksi final kedua MFL Challenge Cup bertemu Selangor pada Sabtu.

Menurut Eddy, dalam dunia bola sepak segala-galanya boleh terjadi dan mahu pemain PDRM supaya kekal optimis dan berikan persembahan terbaik sepanjang 90 atau 120 minit permainan.

Ad

”Seperti kita semua sedia maklum, dalam dunia bola sepak macam-macam boleh berlaku.”

Ad

“Dari 90 minit kemudian hingga 120 minit jadi apa yang PDRM tekankan kepada pemain adalah percaya diri dan berikan aksi terbaik,” kata Eddy Gapil ketika sesi sidang media.

Jelas beliau lagi, PDRM turut bersedia andai aksi berlarutan hingga ke penentuan sepakan penalti dan tegaskan pasukan sudah pun mempunyai perancangan tersendiri untuk hadapi situasi itu.

Ad

”Kita pun ada perancangan kita sendiri dan jika perlawanan dilanjutkan hingga ke penentuan sepakan penalti, jadi kami bersedia untuk itu,”

Ad

PDRM dan Selangor akan turun dalam aksi final kedua MFL Challenge Cup pada 22 Februari di Stadium MBPJ dengan sepak mula tepat jam 9 malam.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments