Chanathip Mahu Bagi Peluang Pemain Muda Beraksi Di AFF
Dunia
Chanatip Songkrasin
Advertisements

Bintang Thailand, Chanathip Songkrasin sah tidak akan beraksi di  Piala AFF 2022 meskipun telah dipujuk oleh ketua jurulatih kebangsaan Thailand, Alexander Polking dan juga Persekutuan Bola Sepak Thailand. 

Pemain berusia 29 tahun itu mengakui bahawa tidak berada dalam prestasi terbaiknya ekoran kecederaan yang dialaminya sebelum ini yang masih belum pulih sepenuhnya. 

Oleh sebab itu, beliau berpendapat bahawa saingan AFF 2022 tahun ini adalah peluang terbaik buat pemain-pemain muda untuk beraksi di pentas tertinggi ASEAN. 

Advertisements

“Saya kesal kerana tidak bermain untuk pasukan kebangsaan Thailand.  Tetapi sudah beberapa bulan sejak saya membuat keputusan.  Saya benar-benar cedera dan mahu memberi peluang kepada pemain muda pada kejohanan akan datang,” katanya di petik daripada Facebook Asean Football.

“Sejujurnya, bukan saya tidak mahu bermain untuk pasukan kebangsaan. Tetapi saya harus jujur ​​bahawa saya bermain 4 kali dalam kejohanan ini. tetapi tahun ini saya rasa saya belum bersedia”

Ketiadaan ‘Messi Thailand’ ini dalam saingan AFF 2022 bakal memberi ruang buat barisan pemain muda Thailand yang lain untuk mempamer bakat sebenar sekaligus memberi pengalaman yang berguna buat mereka.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram