Chanatip Songkrasin & Kawasaki Frontale Bakal Buat JDT Tunjuk Kemampuan Sebenar
Dunia
Jay Chanatip
Advertisements

Pemain tengah pasukan Kawasaki Frontale, Chanatip Songkrasin bakal menjadi taruhan terbaik buat pasukannya menjelang saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) tidak lama lagi.

Pasukan pendahulu liga Jepun itu kini sedang menikmati musim yang cukup cemerlang apabila telah mengumpul 20 mata selepas 10 perlawanan.

Kapten pasukan kebangsaan Thailand itu menjadi nadi utama di bahagian tengah pasukan Kawasaki apabila gerakan lincahnya sering membuat barisan pertahanan lawan sering kebuntuan.

Advertisements

Walaupun kelibat berusia 28 tahun itu masih tidak dapat menjaringkan sebarang gol musim ini, namun gerakan dan juga kemampuannya untuk mengatur gerak buat pasukannya terus didambakan.

Pada musim ini, Chanatip telah berjaya mencatat satu bantuan gol selepas beraksi sebanyak 7 perlawanan dalam saingan liga.

Kelibat Chanatip juga sudah tidak asing lagi memandang beliau merupakan pemain utama buat Thailand selain sering menjadi mempi ngeri buat Harimau Malaya.

Advertisements

Ini juga bakal menjadi pentas terbaik buat pasukan Harimau Selatan untuk terus memperbaiki prestasi pada peringkat Asia.

Ketika ini, pasukan kendalian Benjamin Mora  juga sedang menikmati permulaan musim yang amat baik selepas menang kesemua lima perlawanan awal dan juga Piala Sumbangsih.

Malah, kecemerlangan barisan serangan yang diketuai oleh Fernando Forestieri dan juga Bergson Da Silva selain kelibat pemain-pemain tempatan seperti Arif Aiman, Safawi Rasid dan lain-lain pasti akan menjadi tonik terbaik buat pasukan.

Advertisements

Tugas terbesar JDT adalah untuk memastikan kelibat pemain ini dirantai bagi memastikan misi pasukan untuk mengutip mata berjaya direalisasikan.

Malah, barisan pemain berkualiti yang dimiliki oleh kelab gergasi Jepun itu tidak boleh dipandang sebelah mata.

JDT bakal memulakan aksi pertama saingan ACL kali ini dengan menentang Guangzhou pada 15 April jam 10 malam sebelum turun berdepan Ulsan Hyundai dan Kawasaki masing-masing pada 18 dan 21 April.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram