Hantaran Elit Chanatip Songkrasin Buat Pertahanan Nagoya Grampus ‘Terduduk’
Dunia
Jaychanatip
Advertisements

Perancang tengah berpengalaman Thailand, Chanatip Songkrasin terus gah mencipta nama di pentas bola sepak Jepun apabila menjadi watak penting buat Kawasaki Frontale ketika mencatat kemenangan ke atas pasukan Nagoya Grampus.

Pemain berusia 28 tahun itu memulakan aksi dalam kesebelasan utama pasukan dan beraksi di posisi tengah bermula dengan cukup baik.

Beliau tenang mengawal jentera tengah pasukan dengan beberapa kali melakukan hantaran yang mengelirukan pihak lawan.

Advertisements

Bukan itu sahaja, aksi Chanatip dilihat sukar untuk dirantai lawan apabila gerakan lincah serta ketenangan beliau memegang bola memaksa pemain Nagoya lebih banyak menunggu untuk melakukan serangan balas.

Chanatip memanfaatkan situasi kelam-kabut di tengah padang apabila melihat larian yang dilakukan oleh rakan sepasukannya, Marchinho untuk menjaringkan gol tunggal pasukan pada minit ke-24.

Hantaran tersebut menarik perhatian ramai disebabkan kualiti dan ketepatan yang dilakukan oleh Chanatip berjaya menewaskan empat orang pertahanan lawan yang sedang mengawal pemain serangan Kawasaki yang diketuai oleh L.Damiao.

Advertisements

Bantuan gol tersebut menjadi yang pertama direkodkan oleh pemain kebangsaan Thailand bersama pasukan Jepun tersebut.

Kini, Kawasaki Frontale berada pada kedudukan teratas liga dengan 13 mata selepas 6 perlawanan berlangsung diikuti rapat oleh Yokohama F. Marinos dengan 11 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram