Chelsea ‘Tutup Pintu’ AC Milan Dapatkan Hakim Ziyech
EPL
Twitter: ChelseaFC
Advertisements

Kelab Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC menafikan dakwaan bahawa Hakim Ziyech bakal meninggalkan kelab tersebut untuk berkelana ke Kelab Itali, AC Milan pada musim perpindahan kali ini. 

Hakim Ziyech mula bertapak di Chelsea pada musim lalu di bawah kendalian bekas pengurus Chelsea, Frank Lampard. Ketika itu beliau hanya berjaya melakukan 15 penampilan apabila ditimpa kecederaan lutut yang memaksa beliau diketepikan dalam tempoh yang agak lama.

Sejurus kemasukan jurulatih baru Chelsea, Thomas Tuchel, Ziyech pada awalnya dikatakan kurang diberi kepercayaan oleh beliau apabila hanya berada di bangku simpanan untuk beberapa perlawanan. 

Advertisements

Hakim Ziyech juga dilihat sedikit bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama di bahagian sayap apabila perlu bersaing dengan pemain bintang yang lain seperti Mason Mount, Christian Pulisic, Kai Havertz dan Callum Hudson-Odoi, sementara Timo Werner juga pernah tampil sebagai pemain sayap dalam beberapa perlawanan.

Baru baru ini, pemain berasal dari Morocco itu berjaya memberikan persembahan yang baik ketika perlawanan pra musim sekaligus diberi kepercayaan untuk berada di dalam kesebelasan utama Chelsea ketika menentang Villarreal pada aksi final Piala Super Uefa yang berlangsung minggu lepas.  

Pemain berumur 28 tahun itu berjaya menjaringkan gol pembukaan buat Chelsea akan tetapi beberapa minit kemudian, beliau mengalami kecederaan bahu dan memaksa Chelsea untuk mengeluarkannya pada aksi separuh masa pertama. 

Advertisements

Namun begitu, Chelsea tetap berjaya merangkul kejuaraan menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dengan Villareal sehingga masa tambahan .

Menurut jurnalis Itali,  AC Milan berminat untuk menandatangani Ziyech sejak Jun lalu. Akan tetapi Chelsea dikatakan belum memberi jawapan berkenaan hal itu.

Peluang AC Milan untuk menandatangani pemain itu dikatakan hampir mustahil apabila Jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel telah mengesahkan bahawa Hakim Ziyech berada dalam perancangan beliau untuk musim kali ini.

Advertisements

Kecederaan Hakim Ziyech pada awalnya dilihat sangat membimbangkan, tetapi selepas pemeriksaan lanjut mengesahkan tiada apa-apa kecederaan yang serius berlaku.

Beliau kini sudah pun berada di kem latihan Chelsea untuk sesi pemulihan kecergasan.

Ziyech mungkin terlepas untuk aksi “London Derby” menentang Arsenal minggu ini akan tetapi bekas pemain Ajax itu dijangka bakal bersedia diturunkan ketika berdepan Liverpool pada 28 Ogos nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram