Advertising
China Masters: Impian Final Chen Tang Jie-Toh Ee Wei Disekat Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping
UltraSukan
Olympic Malaysia

Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke final China Masters setelah kecundang di tangan Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Setelah mencipta kebangkitan memukau di suku akhir pada Jumaat, Tang Jie-Ee Wei kembali berdepan satu lagi jaguh China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping yang juga pasangan nombor 2 dunia.

Ad

Rekod pertemuan menyaksikan gandingan Yan Zhe-Dong Ping merekodkan 3 kemenangan dalam 5 perlawanan ke atas Tang Jie-Ee Wei dengan aksi terakhir dimenangi oleh beregu China ini.

Ad

Aksi bermula cukup sengit apabila Yan Zhe-Dong Ping tampil bertenaga dengan mengasak beregu negara sebelum Tang Jie-Ee Wei kembali mengikat dan memintas mata lawan 11-10.

Sedikit kelekaan di penghujung permainan memberikan lima mata berturut buat pasangan China tersebut memimpin aksi dan menamatkan cabaran Tang Jie-Ee Wei di set pertama.

Ad

Bersambung di set kedua, Tang Jie-Ee Wei yang menduduki ranking ke-10 dunia ketika ini berusaha bangkit menyaingi kekuatan beregu lawan apabila kedudukan sekali lagi terikat 9-9.

Ad

Walau bagaimanapun, momentum dan rentak positif yang dimiliki oleh Yan Zhe-Dong Ping terlalu sukar digugat oleh beregu negara untuk tunduk buat kali ke-4 di tangan wakil China ini.

Ad

Pertarungan di gelanggang 1 berakhir dengan keputusan 21-18, 21-13 berpihak kepada Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China ini.

Menanti Yan Zhe-Dong Ping di final nanti adalah pemenang di antara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin dan Tang Chun Man-Tse Ying Suet yang akan bertemu dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.