Christian Eriksen Sah Sertai Manchester United
Dunia
Transfer/FR
Advertisements

Pemain kebanggsaan Denmark, Christian Eriksen sah akan sertai Manchester United seperti yang dilaporkan wartawan terkenal, Fabrizio Romano.

Menurut Fabrizio, pemain berusia 30 tahun ini akan mendatangani kontrak selama tiga tahun (sehingga bulan Jun 2025) selepas mendapat persetujuan penuh daripada kedua buah kelab (MU dan Brentford).

Untuk pengetahuan, Christian Eriksen sebelum ini telah berhubung dengan jurulatih baharu Manchester United, Erik Ten Hag dan difahamkan bekas pemain Brentford itu sememangnya dalam perancangan Ten Hag bagi musim baharu nanti.

Advertisements

Pengumuman rasmi daripada pihak Kelab akan diumumkan dalam minggu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram