Advertising
Christopher Atherton Pemain Profesional Termuda UK
MakanBola
Glenavon FC Academy

Pelajar sekolah Ireland Utara Christopher Atherton menjadi pemain bola termuda UK pada usia 13 tahun dan 329 hari selepas bermain untuk kelab Glenavon pada Selasa lepas.

Atherton tampil sebagai pemain gantian kelab yang mencipta kemenangan besar 6-0 ke atas Dollington dalam Piala Liga Ireland Utara.

Sentuhan pertamanya selepas dimasukkan sebagai pemain gantian membantu Glenavon menyumbat gol keenam perlawanan.

Ad

Atherton memecahkan rekod pemain termuda UK yang sebelum ini dipegang oleh Jordan Allan. Allan tampil sebagai pemain gantian Airdrie pada 2013 semasa berusia 14 tahun dan 189 hari.

Ad

Bagaimanapun, Atherton terlepas peluang mencipta rekod sebagai pemain bola termuda di dunia dengan perbezaan usia sebanyak 10 hari.

Rekod tersebut masih dipegang Souleymane Mamam semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2002 Togo menentang Zambia pada 2001. Mamam mewakili Togo semasa berusia 13 tahun dan 319 hari.

Ad
Ad