Christopher Raj: Ketiadaan Piala MFL Bantu Pasukan Jimat RM2 Juta
MakanBola
FA Malaysia

Pemerhati bola sepak negara, Christopher Raj percaya ketiadaan Piala MFL bakal membantu pasukan-pasukan Liga Malaysia (Liga M) dari segi kewangan.

Ini kerana jika pertandingan itu dimansuhkan, kelab-kelab bakal mendapat penjimatan sekurang-kurangnya sebanyak RM2 juta.

Beliau turut mendedahkan ada pasukan yang berbelanja sehingga RM3.5 juta untuk membentuk pasukan menghadapi kejohanan tersebut.

“Dengan tiadanya (Piala) MFL, setiap pasukan akan berjimat minimum RM2 juta. Ini (amaun) yang dibelanjakan sesetengah pasukan, ada pasukan yang berbelanja RM3.5 juta,” katanya kepada Nadi Arena.

“Dengan tiadanya (Piala) MFL sekarang, ia memberi ruang kepada pasukan-pasukan untuk menjimatkan (kos kewangan) sebanyak RM2 atau RM3 juta itu.”

Cadangan itu disuarakan Christopher susulan beberapa kelab Liga Super dibelenggu isu kewangan termasuk isu tunggakan gaji.

Isu tersebut bukan saja mendorong pemain-pemain yang terkesan untuk angkat kaki. Malah, ada penyokong yang bimbang isu berkenaan bakal memberi kesan kepada status pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Cadangan ini timbul tatkala ura-ura Liga Perdana bakal diperkenalkan semula dalam Liga M semakin rancak diperkatakan.