Cinta Pandang Pertama, Jersi ‘Away’ Selangor Beri 1001 Makna
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Dalam satu majlis “Lets’s Cope With A Neon Hope’ di Sunway Pyramid hari ini, Selangor FC telah mengumumkan jersi away eksklusif terbaru mereka. Bertemakan #TerusBerjuang jersi yang serba indah ini memberi 1001 makna, solidariti bersama para pesakit kanser di suluruh dunia.

Menggunakan warna hijau teal, fushsia dan ivory, jersi khas ini turut menyertakan simbol reben dibahagian belakang jersi sebagai simbol solidariti dalam perjuangan mengatasi kanser dan cabaran hidup.

Menerusi satu hantaran di laman rasmi media sosial Selangor FC, mereka menjelaskan bahawa jersi ini mengambil inspirasi daripada semangat juang individu yang teguh melawan dugaan dan rintangan seperti kapten pasukan mereka, Brendan Gan.

Advertisements

Iainya bukan sekadar jersi tetapi ia juga mampu memberi suatu makna kebangkitan.

Para peminat dan penyokong bola sepak tempatan sudah boleh mula mendapatkan jersi away khas Selangor FC ini di laman web Selangor FC yang dijual pada tanda harga RM 119. Syabas dan tahniah Selangor FC!

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram