‘Coqkodok Pisang’ Jadi Pilihan Sanusi Walau Dihidang McD, Percaya Selera Tempatan Lebih Menyelerakan
Hiburan
Muhammad Sanusi Md Nor
Advertisements

Presiden Kedah Darul Aman memilih untuk mengutamakan pisang goreng dan coq ikan bilis walaupun dihidangkan Macdonals yang dihadiahkan Tunku Ismail.

‘Perang’ psikologi antara dua figura bola sepak negara, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor dan Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail berterusan dengan muat naik terbaru Sanusi awal pagi tadi.

“Coqkodok pisang dan coqbilih kucai tetap menjadi pilihan walaupun ada setambun McD di depan… selera bahan tempatan yang segar tak mungkin dapat direntap burger dan ayam daging hidangan mat saleh hidung merah berkasut besar..”

Advertisements

Sanusi sebelum ini dihidangkan 9 set hidangan MacDonald’s mengandungi ayam goreng, berger, air bergas dan kentang goreng oleh Tunku Ismail sebagai tanda selamat maju jaya untuk perlawanan seterusnya.

Johor Darul Ta’zim akan melayani kunjungan pasukan pelawat, Kedah Darul Aman Khamis ini di Stadium Sultan Ibrahim untuk perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia.

Dalam perlawanan sebelum ini kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram