Christian Eriksen Bantu Brentford Malukan Chelsea Di Stamford Bridge
Dunia
BR FOOTBALL
Advertisements

Saingan liga perdana inggeris yang berlangsung di Stamford Bridge hari ini menyaksikan pasukan Chelsea tewas ditangan pasukan Brentford dengan keputusan 4-1.

Separuh masa pertama memperlihatkan kedua-dua pasukan buntu dalam membuka akaun jaringan. Chelsea yang dilihat lebih mendominasi permainan bagaimanapun masih gagal menjaringkan gol di babak pertama perlawanan.

Menjelang separuh masa kedua, Chelsea berjaya memecah kebuntuan menerusi Antonio Rudiger. Pada minit ke-48 permainan, rembatan kencang daripada Rudiger gagal diselamatkan penjaga gol Brentford.

Advertisements

Tersentak dengan jaringan Rudiger, ayam tambatan pasukan Brentford, V Janelt menjaringkan gol penyamaan. Permainan terus rancak apabila Cristian Eriksen pula pahat nama sebagai penjaring setelah rembatannya berjaya menewaskan penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy pada minit ke-54 permainan.

Tidak cukup dengan itu, V Janelt sekali lagi menjadi nadi kepada kemenangan Brentford apabila pada minit ke-60 permainan, gol Janelt tersebut telah memastikan Brentford mendahului dengan selesa, 3-1 dihadapan.

Sebelum wisel penamat ditiupkan, jaringan Y Wissa pada minit ke-87 sekaligus meranapkan harapan Chelsea untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata. Prestasi dan taktikal pasukan Brentford dalam perlawanan ini sangat menjadi dan wajar dipuji.

Advertisements

Apa yang lebih menarik, kelibat pemain sensasi, Cristian Eriksen terus mendapat perhatian dan beliau telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Brentford berjaya malukan Chelsea di Stamford Bridge dengan keputusan 1-4.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram