Impak Luar Biasa Cristiano Ronaldo Bantu Portugal Tumbangkan Switzerland
Dunia
Portugal
Advertisements

Penyerang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo terus menjadi sandaran utama pasukan apabila membantu negaranya menewaskan Switzerland dengan keputusan 4-0.

Beliau mengetuai pasukan pada perlawanan ini dalam usaha untuk meraih 3 mata penuh pada perlawanan kedua Kumpulan 2 ini.

Pemain berusia 37 tahun itu kelihatan begitu bersemangat dan efisien di hadapan pintu gol apabila cubaan bertali arus dilancarkan oleh barisan serangan Portugal.

Advertisements

Gandingan berbisa bersama penyerang Liverpool, Diogo Jota dan juga rakan sepasukannya di United, Bruno Fernandes menjadi pencetus kepada malam indah pasukan.

Gol pertama terhasil apabila sepakan percumanya dihalang oleh penjaga gol lawan sebelum mudah ditolak masuk oleh perancang tengah, William Carvalho untuk gol pertama Portugal.

Tidak terhenti di situ, satu serangan balas yang dilancarkan oleh Bruno berhasil untuk sampai ke kaki Jota sebelum beliau melakukan satu pusingan dan menghantar kepada Ronaldo yang merembat kencang menewaskan Gregor Kobel.

Advertisements

Pasukan kendalian Fernando Santos terus menghukum kealpaan Switzerland apabila gerakan cantik oleh Fernandes dan Nuno Mendes sebelum Jota melepaskan satu rembatan yang dihalang Kobel namun keberadaan Ronaldo menghukum mereka sekali lagi.

Ini jelas menambah keinginan Portugal untuk melebarkan sayap dan bekas bintang Real Madrid ini sekali lagi mencuri perhatian apabila satu serangan balas yang dilakukan berjaya disudahkannya namun gol itu dibatalkan kerana ofsaid.

Gol keempat Portugal hadir menerusi pemain pertahanan kanan, Jao Cancelo yang menghukum kealpaan benteng Switzerland untuk menutup cerita indah Portugal.

Advertisements

Kini mereka menghuni tangga pertama selepas dua perlawanan selain berkongsi 4 mata dengan Republik Czech.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram