Kapten Portugal Cristiano Ronaldo dijangka akan mengetuai jentera serangan Al-Nassr berdepan Al-Ta’ee dalam perlawanan Liga Saudi Profesional di Stadium King Saud University, Riyadh Saudi Arabia malam esok.
Ronaldo yang baru sahaja menyertai Al Nassr minggu lalu dengan menandatangani kontrak menerusi perjanjian yang dipercayai bernilai lebih daripada RM929 juta yang akan mengekalkannya sehingga Jun 2025.
Menurut sumber lain, beliau sebelum ini banyak menerima tawaran daripada seluruh dunia selepas meninggalkan United tetapi tetap memilih Al Nassr sebagai kelab terbarunya.
Al Nassr ketika ini dikendalikan oleh bekas jurulatih AS Roma, Lille dan Rudi Garcia. Kelab tersebut merupakan juara sembilan kali juara Liga Profesional Arab Saudi dan yang terakhir pada tahun 2019.
Kini kelab tersebut sedang berada di kedudukan kedua musim 2022/23 selepas berjaya memperoleh 23 mata hasil tujuh kemenangan, dua keputusan seri dan satu kekalahan.
Bagi Arab Saudi, Ronaldo merupakan ikon sukan yang paling tinggi harganya dan pastinya akan memberi impak luar biasa kepada imej antarabangsa negara.