Cristiano Ronaldo Setuju Gaji Dipotong Selama 4 Bulan
Dunia
Presiden Real Madrid, Florentino Perez bersama Cristiano Ronaldo. Gambar RealMadridCF.
Advertisements

Bintang bola sepak dunia yang berasal dari Portugal, Cristiano Ronaldo bersetuju dipotong gaji sebanyak 3.8 juta euro untuk membantu kelabnya ketika pandemik Covid-19.

Menurut laman rasmi yang dikeluarkan oleh Juventus,pemain dan jurulatih telah mencapai kata sepakat mengenai baki gaji untuk musim ini.Persetujuan ini dikata selepas perbincangan antara kapten kelab, Chellaini dengan barisan pemain yang lain.

Dengan pemotongan gaji sebanyak 10 peratus ini,Juventus dikatakan mampu mencapai penjimatan sehingga 90 juta euro.Namun ada kemungkinan pemain yang bergaji besar seperti Ronaldo dan beberapa pemain lain akan diminta untuk melakukan pemotongan gaji yang lebih banyak.

Advertisements

Ketika ini,tiga pemain kelab yang berpengkalan di Turin ini telah disahkan positif Covid-19 iaitu Daniele Rugani,Blaise Matuidi dan Paulo Dybala.

Itali kini sedang menjalani perintah berkurung dalam usaha untuk membanteras penularan Covid-19 di negara itu menyaksikan aksi bola sepak di negara itu terpaksa ditunda.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram