Ceria Melampau, Cristiano Ronaldo Tak Mampu ‘Sorok’ Perasaan Bahagia Bersama Manchester United
Dunia
Manchester United
Advertisements

Penyerang lagenda pasukan Manchester United, Cristiano Ronaldo menutup segala spekulasi bahawa beliau tidak bahagia bersama kelabnya setelah tampil dengan penuh ceria hari ini.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh laman rasmi Manchester United, penyerang kebangsaan Portugal itu menunjukkan semangat dan juga komitmen yang tinggi untuk menjalani latihan.

Bekas bintang Real Madrid ini kekal bermotivasi tinggi untuk terus membantu pasukan sungguhpun sudah tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Advertisements

Selain itu, prestasi teruambang-ambing pasukan kendalian Ralf Ragnick dalam saingan liga juga menyebabkan mereka kini hanya mampu untuk menghuni tangga ketujuh selepas tewas minggu ini.

Walau bagaimanapun, dalam satu video pendek yang dimuat naik, pemain berusia 37 tahun itu ceria menyertai rakan sepasukan dalam satu sesi penggambaran spontan sebelum ke padang latihan.

Malah, beliau sempat berlari-lari anak sebelum membuat tanda ’✌️’ lalu bergegas untuk ke latihan.

Advertisements

Reaksi itu juga menggambarkan suasana harmoni dan bermotivasi tinggi dalam kem pasukan The Red Devils untuk terus berjuang meraih posisi yang lebih baik.

Manchester United bakal turun berdepan Norwich City Sabtu ini dalam usaha perebutan slot ke saingan UCL musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram