“Cukup Ke Gaji RM8000 Ke RM9000 Sebulan Untuk Jurulatih” – Sathianathan
Dunia
Thestar
Advertisements

Bekas ketua jurulatih kebangsaan, B Sathianathan mempersoalkan berkenaan gaji yang diberi hanya RM8000 ke RM9000 sebulan kepada jurulatih di Malaysia walaupun sudah membayar RM60,000 untuk mendapatkan lesen kejurulatihan.

Perkara ini membuatkan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) itu mahu membela dan menyuarakan hak jurulatih di Liga Malaysia.

Dalam pada itu, beliau menganggap pihak pengurusan dilihat tidak memperdulikan jurulatih, malah setiap urusan berkenaan pembelian pemain hanya berbincang antara egen dan CEO sahaja.

Advertisements

“Pengendali perlu membayar sehingga RM60,000 untuk memperolehi lesen Pro, tetapi mereka hanya dibayar RM8,000 ke RM9,000 sebulan, adakah itu cukup?,” jelasnya.

“Kadang-kadang, pihak pengurusan seperti tidak mengendahkan jurulatih dan ada juga yang menandatangani pemain tanpa berurusan dengan hanya berunding antara ejen dan CEO,” katanya.

Jurulatih yang berusia 64 tahun itu juga mengharapkan selepas ini ada jurulatih yang berkaliber yang mampu membimbing pasukan hingga berjaya. Beliau memberi gambaran jurulatih itu adalah seperti Bojan Hodak bersama KL City FC.

Advertisements

“Kita memerlukan seseorang yang mampu mencurahkan ilmu dan pengetahuan kepada orang tempatan. Tengok sahaja Bojan Hodak bersama Kuala Lumpur (KL) City FC, dia sanggup berkongsi dengan pembantu seperti Shukor Adan,” katanya kepada The Star.

Untuk rekod, sebelum ini Sathianathan pernah membimbing pasukan Kelantan menjulang Piala Malaysia 2010 dan pernah memegang jawatan sebagai jurulatih Selangor pada tahun 2018-2020 serta Sarawak United pada tahun 2020-2022 sebelum terpaksa berehat susulan beliau masalah kesihatan serius sejak Jun lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram