Pertahanan Harimau Malaya, Daniel Ting sekali lagi menjadi tumpuan di Thailand apabila menjaringkan 2 gol untuk membantu Ratchaburi menang dalam aksi pra-musim 2026/27.
Aksi ketiga pra-musim Ratchaburi menyaksikan skuad tersebut turun menentang Kitchee di gelanggang sendiri dan membawa misi penting untuk bangkit dari kekalahan lalu ketika bertemu wakil Malaysia, Selangor 0-4.
Daniel Ting memulakan perlawanan dalam kesebelasan utama sebagai pertahanan kiri buat pasukan Thailand tersebut, Ratchaburi.
Permulaaan positif buat pasukan julukan Naga apabila mendahului seawal minit ke-35 menerusi bintang Malaysia, Daniel Ting sebelum beliau menambah satu lagi jaringan pada penghujung separuh masa pertama.
Kembali di separuh masa kedua, tuan rumah berusaha untuk mengasak kubu lawan dengan siri serangan yang dilancarkan bagi menambah jaringan namun keputusan 2-0 kekal sehingga tamat aksi.
Kemenangan ini semestinya memberikan tonik tambahan buat pasukan Ratchaburi sebelum nemulakan kempen baharu Liga Thailand 2026/2027 dengan menentang Ayutthaya United pada 6 September depan.