Bekas pemain pertahanan kebal Kelantan FC, Daudsu Jamaludin semalam menjelaskan sebab beliau tidak berada dalam senarai 30 orang pemain yang dipilih oleh Kim Pan-gon bagi membawa cabaran negara di Singapura.
Beliau yang menerangkan perkara tersebut di laman rasmi tiktoknya semalam sedikit terkejut setelah salah seorang pengikutnya bertanyakan soalan tersebut.
Namun begitu, Daudsu memberitahu bahawa beliau tidak berada dalam senarai pemain yang dipanggil oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan itu kerana beliau kini tidak lagi aktif sebagai pemain bola sepak professional.
‘Kenapa saya tidak dipanggil oleh Malaysia?’
’Saya nak masuk main untuk Kelantan pun tak lepas, inikan nak main untuk Malaysia, ’-Jelasnya dalam keadaan berseloroh.
Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ini mengumumkan bahawa beliau sudah pun bersara sejak tahun 2020 lagi ketika berusia 35 tahun.
Sungguhpun begitu, beliau mengakui kebanyakan daripada rakan seperjuangannya seperti Indra Putra Mahyuddin, Amri Yahyah, S. Chanturu kini masih giat untuk meneruskan karier sebagai pemain bola sepak.
Beliau pula memilih untuk menggantung but dan meneruskan kelangsungan hidup dengan memulakan bisnes dan juga menceburkan diri dalam dunia e-sukan.