Ads
Dunia
Johor Southern Tigers

Bekas pertahanan Kelantan United FC, Daudsu Jamaluddin berkongsi beberapa sebab yang memungkinkan karier seseorang pemain itu akan berakhir lebih awal.

Advertisements

Beliau yang kini sudah pun melangkau usia 37 tahun menjelaskan, terdapat perbezaan antara generasi kini dan juga generasi terdahulu terutamanya dari segi disiplin dan juga sikap yang dipamerkan sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Advertisements

Selain itu, bekas pemain JDT ini juga merasakan terdapat ’ego’ yang menebal dalam diri para pemain sungguhpun hanya baru berada pada permulaan karier.

Advertisements

Advertisements

’Sebagai pemain bola ni jika kita tiada sikap untuk menghormati maka kita tidak akan lama bermain bola (bersara awal).’

Namun begitu, beliau mengakui bahawa pemain-pemain muda di negara kita ini dilimpahi dengan bakat dan kemampuan teknikal yang baik namun terhalang disebabkan sikap yang diterapkan dalam diri.

Advertisements

‘Jika kita ada bakat sahaja tetapi tiada perangai (sikap) tidak guna juga,’ -Jelasnya dalam sesi live di Tiktoknya.

Sambil itu, bekas anggota pemenang Treble bersama Kelantan ini yakin, jika masalah ini dapat diatasi maka tidak mustahil tahap dan kualiti para pemain negara juga dapat ditingkatkan.

’Saya lihat sikap pemain walaupun hanya bermain di Piala Presiden, mereka tidak menunjukkan sikap yang baik untuk mengembangkan lagi karier mereka.’

Daudsu menyatakan kerisauan ini disebabkan perjalanan karier seorang pemain bola sepak profesional itu tidak bertahan lama.

Advertisements

Sekiranya mereka terpaksa memilih untuk bersara awal, maka para pemain perlulah berusaha keras untuk mencari sumber pendapatan sendiri berbanding jika terus bermain, periuk nasi mereka boleh dikatakan lebih terjamin.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram