Aksi David Da Silva Gagalkan Jaringan Sendiri
Dunia
Persib
Advertisements

Penyerang pasukan Persib Bandung, David Da Silva melakukan tindakan luar biasa ketika aksi menentang Persija Jakarta apabila menggagalkan peluang untuk menjaringkan gol dengan sendirinya.

Sungguhpun pada perlawanan epik tersebut, bekas penyerang pasukan Terengganu ini memainkan watak penting dengan mencetak dua gol bagi memastikan kemenangan menjadi milik Persib, beliau seakan menolak ‘tuah’ untuk mencipta hattrick.

Da Silva memperoleh jaringan pertama buat pasukan pelawat pada minit ke-14 apabila sepakan penjuru pasukan singgah tepat di kakinya untuk mudah menolak masuk ke dalam gawang Persija.

Advertisements

Setelah itu, beliau memperoleh peluang keemasan apabila satu hantaran lintang oleh rakan sepasukannya singgah kepadanya yang tidak dikawal di hadapan gawang.

Namun begitu, beliau mensia-siakan peluang tersebut setelah tandukannya di depan pintu gol Persija tertampan ke belakang sekaligus melepaskan peluang untu menambah koleksi jaringan peribadinya.

Penyerang berusia 32 tahun ini terus bekerja keras untuk menggandakan jaringan buat Persib Bandung akhirnya tiba pada minit ke-84 juga menerusi sepakan sudut.

Advertisements

Dua gol beliau sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan buat Persib yang kini berada di tangga kedua Liga 1 Indonesia di belakang Bali United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram