Dua Gol David Da Silva Musnahkan Persija Jakarta
MakanBola
Persib
Sponsors

Penyerang import pasukan Persib Bandung, David Da Silva menjaringkan dua gol ketika membantu pasukannya mengatasi Persija Jakarta dengan keputusan 2-0.

Pemain berusia 32 tahun itu memperagakan aksi yang cukup menakjubkan apabila menjadi watak penting pasukan kendalian Robert Alberts.

Ad

Perlawanan bermula garang apabila kedua-dua pasukan saling bertukar serangan ke kubu lawan masing-masing untuk mendapatkan gol awal.

Ad

David Da Silva berjaya menguji gawang gol Persija apabila serangan balas Persib membuahkan hasil apabila satu tandukan tepat telah membuatkan barisan pertahanan lawan teruji.

Sungguhpun percubaan tersebut tidak menghasilkan gol, namun ia menjadi pencetus kepada gol pertama Persib.

Ad

Pasukan pelawat memperoleh satu sepakan sudut dan peluang itu tidak disia-siakan oleh Da Silva yang mudah menolak masuk untuk meletakkan pasukan di hadapan.

Ad

Persija juga mula melakukan gerakan-gerakan berbahaya untuk mencari gol penyamaan.

Ad

Namun begitu, usaha tersebut tidak membuahkan hasil apabila kekebalan pertahanan Persib telah menggagalkan usaha pasukan tuan rumah mendapatkan gol.

Peluang ini dimanfaatkan oleh David Da Silva dengan menjaringkan gol kedua pasukan untuk memberikan 3 mata.

Ketika ini, Persib Bandung berada di tangga kedua dengan 57 mata, tiga mata memisahkan dengan pasukan tangga pertama iaitu Bali United.