Ciapan Trevoh Chalobah 5 Tahun Lalu Tular, Kini Pemain Muda Harapan Chelsea
EPL
Twitter; Squawka Football
Advertisements

Aksi memukau pertahanan tengah Chelsea, Trevoh Chalobah pada perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace semalam menjadi bualan ramai apabila graduan Akademi Chelsea ini berjaya membantu pasukannya meraih tiga mata penuh.

Beliau turun mengawal benteng tengah pertahanan Chelsea bersama-sama Christensen dan Antonio Rudiger. Debutnya bersama Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris semalam menatijahkan kemenangan, disusuli gol peribadi miliknya pada perlawanan tersebut.

Pemain berusia 22 tahun ini mula diberikan kepercayaan Thomas Tuchel ketika bermain pada final Super Cup tempoh hari. Corak permainan matang yang dipamerkan Chalobah sekali lagi menambat hati pengendali Chelsea itu untuk menurunkannya dalam kesebelasan utama.

Advertisements

Debut impian Chalobah semalam bertambah sempurna apabila beliau berjaya menjaringkan gol pertama peribadi miliknya dalam saingan EPL. Pada minit ke-58, Chalobah tenang melepaskan satu rembatan deras cantik masuk ke gawang menewaskan penjaga gol Crystal Palace.

Bintang muda ini turut memukau peminat The Blues dengan aksi hebatnya sepanjang 90 minit permainan apabila mencatatkan statistik yang memberangsangkan. Daripada 90 minit permainan, beliau berjaya membuat 90 sentuhan, 81 hantaran tepat, 5 hantaran jarak jauh dan cemerlang melakukan tiga ‘clearances’.

Rata-rata peminat The Blues gembira dengan permainan yang ditunjukkan budak ‘Cobham’ ini ketika mengawal serangan lawan. Nama Chalobah ‘trending’ di platform media sosial seperti Twitter selepas kejayaan Chelsea memungut tiga mata penuh dalam perlawanan pertama musim ini.

Advertisements

Lebih menggamit hati penyokong Chelsea apabila hantaran Trevoh ke Twitternya 5 tahun lepas akhirnya menjadi realiti.

“Saya akan melakukannya untuk mu ibu. Saya berjanji”

Selepas Trevoh Chalobah mencapai dua kejayaan dalam masa 4 hari, twitan lamanya ini kembali tular.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram