Hasrat BRM FC memberikan tentangan hebat kepada juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim tidak kesampian selepas dibantai hebat 10 gol tanpa balas di Stadium Sultan Ibrahim.
Pertemuan bersejarah pertama menemukan kedua-dua kelab dalam saingan Piala FA 2022 ini jelas memihak kepada JDT yang mendominasi hampir keseluruhan perlawanan.
Penyerang sensasi dari Itali, Fernando Forestieri berjaya mencatatkan hatrik menerusi 3 jaringan pada minit ke-2, 24 dan 43 disusuli 7 jaringan rakan sepasukan lain seperti Safiq Rahim 7′, Safawi Rasid 19′, Mauricio 56′, Moussa Sidibe 70′, Daryl Sham 81′, Sumareh 89′ dan Daniel Amier 90+3.
BRM FC yang beraksi di Liga M3 dikuatkan beberapa pemain berpengalaman seperti Ahmad Fakri Saarani, Fitri Omar dan Azmeer Yusof.
Sementara itu, menerusi tinjauan yang dibuat di halaman JST, sebahagian peminat tidak terkejut dengan keputusan ini memandangkan JDT meletakkan beberapa pemain utama pasukan dalam perlawanan ini dan terdapat penyokong yang berseloroh ‘dejavu’ dan mengimbau kenangan Malaysia ditewaskan UAE 10-0 beberapa tahun lampau.