Dunia
Nsfc1923
Advertisements


Masa depan pertahanan pasukan Negeri Sembilan FC, Khuzaimi Piee terus menjadi tanda tanya apabila kontraknya bersama pasukan dijangka bakal berakhir tidak lama lagi.

Nama pemain berusia 28 tahun ini terus mendapat perhatian selepas beliau berjaya menampilkan aksi yang sangat memberangsangkan bersama pasukan kebangsaan tempoh hari.

Bekas pertahanan Melaka United ini membentuk gandingan yang cukup mantap bersama Shahrul Saad selain aksi kerasnya di atas padang terus membuatkan barisan serangan lawan terkunci.

Advertisements

Ketiadaan beliau jelas terpapar apabila Malaysia tumpas di tangan Singapura dengan keputusan 2-1.

Pada aksi terbaru, Khuzaimi yang bergandingan bersama dua orang lagi pertahanan iaitu Junior Eldstal dan juga Dion Cools mempamerkan keserasian yang cukup baik ketika menewaskan Brunei apabila memastikan gawang gol negara tidak dibolosi.

Pertahanan tinggi lampai ini juga kekal memperagakan aksi yang amat baik bersama Negeri Sembilan apabila berjaya mengemudi pasukan untuk mencabar kejuaraan Liga Super bersama-sama JDT.

Advertisements

Ketika ini, kontrak Khuzaimi hanya berbaki kira-kira 6 bulan sahaja lagi sehingga penghujung November ini.

Hal ini juga sudah pasti menarik perhatian kelab-kelab lain dalam usaha untuk memantapkan lagi benteng pertahanan pasukan masing-masing.

Tawaran-tawaran untuk beraksi di pentas tertinggi saingan bola sepak di Asia seperti AFC dan juga ACL sudah pasti ingin dipertimbangkan oleh anak jati kelahiran Melaka ini bagi mengembangkan lagi perjalanan kariernya.

Advertisements
Khuzaimi Kontrak Destinasi Seterusnya Khuzaimi Piee Masih Belum Terjawab
Transfermarkt.com
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram