“Dia Sanggup Duduk Di Bangku Simpanan Untuk Bagi Sokongan” – Kim Pan-gon
Dunia
Syafiq Freman / MakanBola
Advertisements

Pengurus skuad kebangsaan, Kim Pan-gon memuji sikap Khuzaimi Piee yang bersungguh-sungguh ingin membantu skuad negara walaupun mengalami kecederaan otot betis.

Beliau turut berkata, Khuzaimi sebagai seorang yang setia untuk Malaysia dan ia boleh menjadi contoh buat rakan sepasukan menggapai kejayaan dalam kempen Piala AFF 2022.

“Keadaan Khuzaimi telah pun dimaklumkan oleh pihak perubatan dan beliau mengalami koyak di bahagian betisnya.

Advertisements

“Kita sedaya upaya bakal memberikan rawatan terbaik kepadanya dan beliau sangat profesional.”

“Kami juga memerlukan dia secepat mungkin. Hari ini dia tidak bersedia (untuk beraksi) namun kami meletakkan dia di bangku simpanan kerana semangat berpasukan.

“Dia juga sanggup duduk di bangku simpanan untuk memberi sokongan kepada semua pemain. Saya gembira mengetahui dia mahu duduk di bangku simpanan untuk memberi sokongan pemain lain.

Advertisements

“Saya sangat hargainya, ia menunjukkan kesetiaan kepada pasukan dan saya harap dia sembuh untuk beraksi kelak,” jelas Kim Pan-gon semasa sesi sidang media selepas perlawanan Malaysia bertemu Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Khuzaimi bagaimanapun dijangka terlepas semua aksi Piala AFF setelah disahkan mengalami kecederaan koyak otot betis sepanjang sekitar 1.6cm.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram